SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Agen Mossad Yang Hampur Menjadi Presiden SYRIA

Agen Mossad Yang Hampur Menjadi Presiden SYRIA

KISAH AGEN MOSSAD YANG HAMPIR JADI PRESIDEN SYRIA.

-Namanya ialah Eliahu Cohen, lebih dikenali sebagai Eli Cohen.Lahir di Alexandria,Mesir pd 16 Dec 1924 ,berketurunan Yahudi.

-Membesar di Mesir.Dan Ketika di Mesir pernah disyaki melakukann kegiatan perisikan.Pada 1952 pernah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir kerana terlibat dalam aktiviti menyokong Zionisme.

-Beliau bertanggunggjawab menyebabkan hubungan Mesir dengan Negara-negara Arab menjadi tegang.antaranya dengan membantu Mossad mensabotaj kedutaan Inggeris dan amerika.

-1956 Mesir melancarkan kempen anti Yahudi,ini memaksa Eli Cohen meninggalkan Mesir melalui perairan Mediteranean,menuju Naples dan Masuk ke Israel.

-MOSSAD Merancang menyerapkan beliau ke dalam pemerintahan Syria.Beliau dilatih dengan ketat di Israel terutama dari segi bahasa sehingga beliau mampu menguasai bahasa harian di Syria.

-Tamat Latihan beliau dihantar ke Argentina dengan menggunakan identiti palsu sebagai rakyat Arab Syria bernama Kamel Amin Tsa`bet.Di Argentina beliau menyamar sebagai seorang ahli perniagaan dan berjaya menjadi orang yang berpengaruh di kalangan komuniti Syria dalam masa yang singkat.Beliau sangat dikenali ramai.Namun tiada seorang pun yang tahu identiti sebenarnya bahawa beliau adalah seorang Yahudi dan juga seorang agen MOSSAD.Pada masa ini beliau telah menjalinkan hubungan yang sangat rapat dengan Jeneral Amin Al-Hafez yang bakal menjadi Presiden Syria.

-Beliau juga aktif dalam politik dengan melibatkan diri dalam parti Baath dan menjadi seorang yang berpengaruh.Penglibatan aktif Eli Cohen dalam kelumpok elit politik Syria memberikan peluang besar kepada beliau mendapatkan maklumat-maklumat sulit dan menyampaikannya kepada MOSSAD.

-Sepanjang tahun 1962 sehingga 1965 beliau telah menghantar pelbagai gambar-gambar seperti lukisan pertahanan, nama2 penting dan strategi ketenteraan Syria.Data-data itu sangat penting kepada Israel dalam peristiwa perang enam hari antara Negara-negara Arab dengan Israel.(Israel menang sepenuhnya dalam perang tersebut)

-Kesan paling teruk adalah Cohen secara halus telah merosakkan akhlak dan mental para pegawai tertinggi Syria dengan rasuah,zina dan berbagai penyelewengan lain.Cohen juga Berjaya membawa masuk peralatan komunikasi teknologi tinggi ke Syria dengan cara merasuah pegawai-pegawai tertentu.Beliau kemudiannya bebas menghantar berita dan maklumat2 rahsia hanya dari rumahnya sahaja.

TERBONGKAR

-Jiran Cohen yang bekerja di Kedutaan India membuat laporan polis mengenai gangguan komunikasi dengan isyarat yang tinggi di kawasan itu.Namun laporan tersebut tidak diambil peduli kerana pihak berkuasa menghormati kedudukan Cohen sebagai orang yang berpengaruh dan juga pihak berkuasa telah dirasuah olehnya.

-Pada masa yang sama pihak perisikan Syria mula berasa curiga apabila beberapa maklumat-maklumat sulit diketahui oleh pihak luar dan terdedah.Namun mereka masih belum punyai bukti jelas.

-Akhirnya Syria bekerjasama dengan pihak Rusia bagi membangunkan peralatan ketenteraan dan pertahanan.Salah satunya ialah alat pengesan isyarat komunikasi teknologi tinggi dan radar pengesan isyarat dengan tepat.

-Pada satu hari tanpa disedari oleh Eli Cohen.Pasukan Keselamatan Syria menutup semua kemudahan yang menggunakan isyarat komunikasi termasuk radio dan Telivisyen selama beberapa jam.Tanpa Isyarat komunikasi yang besar itu maka lain-lain isyarat komunikasi dapat dikesan.Salah satunya adalah isyarat yang paling tinggi dan ia datang dari kediaman Cohen.

Kini Pihak perisikan Keselamatan Syria mempunyai bukti yang jelas terhadap kecurigaan mereka pada Eli Cohen selama ini.Mereka telah menyerbu kerumah Cohen dan beliau ditangkap ketika sedang mengirimkan data-data baru kepada Mossad.

-Berita itu mendapat perhatian meluas media,bukan sahaja di Syria tetapi juga ke Negara-negara Arab yang lain.

-Selepas disoal siasat dengan teruk Eli Cohen akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Hukuman dijalankan di kawasan tanah lapang pada 18 may 1965 dengan disaksikan oleh lebih 10.000 rakyat Syria.Berdasarkan kedudukannya dalam politik dan pengaruhnya waktu itu jika penyamarannya tidak terbongkar beliau hampir menjadi Presiden Syria.

-Cohen dianggap sebagai wira oleh rakyat Israel.Sehingga hari ini mereka masih memperjuangkan agar tulang-tulang Cohen dihantar pulang ke Israel tetapi sehingga hari ini Syria tidak mengendahkannya.

KESAN PERBUATAN ELI COHEN

-Namun begitu Kerosakan yang dilakukan oleh Cohen sangat besar dan sungguh luar biasa,bukan sahaja melibatkan politik,pertahanan,keamanan dan rahsia Negara.Tetapi Cohen Berjaya menyemaikan kekotoran di dalam jiwa para pegawai pemerintah Negara itu.Antaranya melalui liberalisasi,ekonomi dan kehancuran akhlak serta moral.Kesan tersebut jauh lebih teruk dari serangan secara fizikal kerana ia mengambil masa yang panjang dan sehingga melibatkan beberapa generasi.

Nota-

Sebenarnya Mossad telah melahirkan beribu Eli Cohen diseluruh dunia selama beberapa tahun. `Eli Cohen’ yang ditangkap dan Dihukum hanya Eli Cohen yang ditugaskan di Syria dan berwajah Arab.Masih terdapat ramai lagi `Eli Cohen’ diseluruh dunia dan mereka ada yang berwajah Kaukasian,hispanic,Asia,Afrika dan ada juga `Eli Cohen yang berwajah Melayu,Cina atau India.

Mari berfikir diluar kotak…

Kredit tulisan asal: FB Mester BlackWater

Note: Ini bukan tulisan saya (Zakuan Faiz) dan penulis asal sudah di kredit kat atas, tapi artikel ini sangat berkait rapat dengan post “ISYTIHAR PERANG” yang viral semalam.

Kemungkinan besar kita akan mendapat Perdana Menteri dari kalangan ejen CIA, KGB, Mossad?

Kalau Siddiq Ghouse dulu ditangkap sebab ejen KGB dan sangat rapat dengan PM (silap langkah mungkin dia pun akan naik jadi PM)

So, sampai bila korang nak kena game dengan puak² penyembah syaitan ni?

Zakuan Faiz
Tanah Syam
22 Ogos 2019

Leave a Reply