SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Adab Menuntut Ilmu Dari Mentor Shaklee

Adab Menuntut Ilmu Dari Mentor Shaklee

ADAB MENUNTUT ILMU

1 perkara yang mila belajar melalui mentor bisnes shaklee mila, jika kita nak kan sesuatu ilmu. Kita lah pergi kepada guru. Bukan guru yang cari kita.

Jika kita biarkan sehingga guru mencari kita, mengajar kita, takut ada sedikit kekurangan disitu.

Waktu mila mula nak serius berbisnes shaklee. Mila nampak shaklee seolah-seolah perjuangan seorang pelajar seperti mila dahulu sewaktu nak exam SPM, final exam matrikulasi atau final exam di universiti, dan lain lain lah

Maksudnya, bisnes shaklee ni lain. Bukan jenis cincai cincai tup tup berjaya. Tapi once berjaya tu, ya Allah. Manis sgt !

Ada dalam entry blog mila yang lepas tentang PERFECTIONIST : https://merahjambubeautyspa.blogspot.com/2019/01/perfectionist.html?m=1

Waktu masih study dulu, mila perhatikan jenis yang best student ni, selalunya mesti rapat dengan guru. Dalam kelas mesti cikgu kenal dia, dia pun rajin bertanya, mesti nampak dia selalu ke bilik guru. Atau semasa matrikulasi dan universiti, yang best student ni lah yang lecturer kenal dan rapat. Sebab? Dorang rajin berjumpa dan bertanya

Mila sukaaa sangat budaya ini. Mila memang ada cita-cita nak cemerlang dalam pelajaran. Tapi mila sejenis pemalu dan penakut tak bertempat ๐Ÿ˜ข Takut sangat kalau cikgu rasa terganggu dengan mila kalau nak pergi tanya apa-apa.

Rasa macam cikgu fikir mila tak faham keadaan cikgu
Rasa macam susah betul nak faham
Rasa nanti cikgu marah sebab tak tanya dalam kelas
Rasa nanti akan ambil masa rehat cikgu kee

Macam-macam la sangkaan.

Then, mila selalunya end up dengan tak pergi bertanya. Biarkan je ketidak fahaman tu membelenggu. Sampai stress dengan diri sendiri sebab results selalu tak seperti yang mila inginkan ๐Ÿ˜ข

Itu cerita study la.

Mila nampak shaklee 1 bisnes yang perlu belajar banyak perkara, seperti kita jadi seorang pelajar semula. Pasti akan ada kekeliruan, tak faham, pening, kurang jelas.

Like i said earlier, shaklee bukan bisnes cincai. Hanya yang serius nak berjaya sahaja boleh berjaya. Tengok la trip shaklee, tempat TERMAHAL DI DUNIA. Agaknya, kalau kita jenis cincai, tak kuat semangat, dapat tak?

Jadi tempat rujukan mila adalah mentor-mentor. Orang yang bantu mila mendaftar pada mulanya, dan semua upline yang dah berpengalaman mila anggap guru mila

Dulu, waktu mummy tiera stay di bangi lagi. Mila kerap juga ke sana. Mila nak jadi “best student” yang tak pernah dapat waktu belajar dulu kononnya๐Ÿ˜‚

Banyak kali jugak kacau dia hehe. Tanya lagi dan lagi. Sampai mila takde benda yang tak jelas. Rasa jelas. Tak cukup whatsapp, pergi rumah. Tak cukup online, offline meeting. Tak kira siang malam haha (pernah balik jam 12 malam coaching kat bangi ๐Ÿ˜‚)

Alhamdulillah. Nampak la hasil kejayaan kecil dari situ. Mila rank up jadi leader shaklee

Sekarang mummy tiera dah pindah setia alam. Jauh sikit dari mila. Rasa macam dah jarang sangat pergi “tadah ilmu” ni secara personal. Harini alhamdulillah sempat jugak. Dah janji dengan diri sendiri nak…

BE THE BEST VERSION OF ME !

Redah je apa dugaan dan cabaran

(Sedih tengok muka airis marah giler kene “ikat” kat car seat tu ๐Ÿ˜ญ. Sorry sayang, ibu work)

Tak kisah lah, jadi best student ke..best leader ke. Sebenarnya, adab menuntut ilmu tu yang perlu dijaga kan?

Mila percaya, ada keberkatan jika kita menjaga adab-adab ini.

Bila ilmu tu berkat, seorang guru pasti ikhlas berkongsi ilmu dengan kita, dan insyaAllah ilmu itu kita dapat dengan baik dan boleh membawa kepada sebuah kejayaan ๐Ÿ˜Š

***TQ mummy belanja makan lagi harini. Love u โค๏ธ

Leave a Reply