SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Ada Masalah Besar Kena Tenang , Ingat Allah Dulu

Ada Masalah Besar Kena Tenang , Ingat Allah Dulu

Ada masalah besar mana pun relax bertenang.
.
Dahulukan Allah.
.
Tayar pancit.
Kereta masuk longkang.
Anak masuk hospital.
Mak sakit teruk kena kanser ke apa ke lah.
Penat nak uruskan rumah tangga.
.
Kita macam tak boleh terima benda tu. Kenapa aku yang kena?
.
Jangan persoalkan macam tu.
.
Memang andalah orangnya. Sebab Allah uji. Kalau kita redha terima apa Allah bagi. Kita terima dengan positif. Dengan sangkaan baik. Takpa Allah nak uji nak suruh aku bersabar. Bertenang. Tenang2 je. Bila berlaku musibah. Amik wuduk. Solat syukur 2 rakaat. Ya Allah terima kasih atas kasih sayangMU kepada kami. Masalah itu kecil bagiMU. Kami menyerah diri kepadaMU ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami.

Kalau fikir habislah duit nak repair semua ni. Memanglah. Duit tetap akan habis untuk repair kereta tu. Kalau tak repair tak bergerak kereta tu. Besarkan hati luaskan fikiran. Berlapang dada. Duit yang keluar untuk repair tu pun datang dari Allah jua. Apa benda nak kalut sangat kalau habis sekalipun duit dalam akaun jangan gelabah. Tenang dan relax je sudah. Serah pada kuasa Allah yang maha penolong ketika hambanya di dalam kesulitan. Letakkan selalu Allah ada dengan kita di masa kita susah. Kita senang. Bawa je kemana2 kita pergi. Dia wujud dihati kita, di mulut kita. Sentiasa sebut dan ingat padaNYA.
.
Inshaa Allah segala urusan dipermudahkan. Bagi yang ada masalah sekarang. Cikgu tahu kalian dalam situasi berat dan menyedihkan. Lagipun kalau kita sedih2 menangis meraung2 meratap hiba bukannya masalah tu boleh selesai. Dah nak sakit carilah ubatnya, jaga pemakanannya. Dah nak mati, get ready ajelah buat apa patut. Tak bermakna korang perlu sedih. Enjoy saje lalui ujianNYA. Usaha tanpa putus asa. Sikit je tu.
.
Dah manusia ni tetap akan mati akhirnya. Kita risau2 dah kenapa. Sakit itu penghapus dosa-dosa. Sebut, Ya Allah aku di dunia ini untuk diuji. Aku terima ujianMU dengan redha. Permudahkan aku untuk melaluiNYA supaya aku di jalan orang yang beriman kepadaMU. Kurniakan aku pahala kesabaran dan kesyukuran atas limpah rahmatmu. Ya Allah inilah perjalanan hidupku sebelum menuju kekal abadi. Jadikan aku gembira dan bahagia dengan sisa-sisa hidupku. Walaupun susah, walaupun payah. Jadikan aku mampu memberi manfaat pada ramai orang dengan ilmuku, dengan tenagaku dan dengan akalku. Aamiin.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#BacaBacaSENTAP

Leave a Reply

Open chat