SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Ada Ijazah Pun Tak Guna Sekarang …

Ada Ijazah Pun Tak Guna Sekarang …
Zaman kita ini sememangnya tak sama dengan zaman ibu ayah kita dahulu. Kalau dahulu, mempunyai satu ijazah itu memang keutamaan. Kalau ada ijazah, hampir pasti ada kerja bergaji lumayan menanti. Tapi berbeza dengan zaman sekarang. Dengan adanya ijazah pun tak menjanjikan apa-apa untuk kita. Terlalu banyak lambakan graduan berijazah yang sukar untuk mendapatkan kerja yang mereka idamkan. Perkara ini turut menjadikan kadar gaji permulaan bekerja dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini bukan sahaja tidak meningkat, malah menurun pula. Sedih kan? Namun ini bukanlah asbab untuk kita terus menganggap yang ijazah itu tidak perlu. Tak payah lagi nak belajar rajin-rajin masuk ke universiti. Walaupun ijazah itu tidak lagi diterjemahkan secara automatik kepada kerja yang bagus dan gaji yang lumayan, masih banyak lagi manfaat yang kita dapat ambil dalam tempoh pengajian tu. Admittedly, saya bukanlah student cemerlang dan ada juga waktu-waktu yang kita seakan “lost” sekejap. Tapi perkara seperti inilah yang berguna untuk membentuk kita supaya jadi orang. Bukan setakat akademik semata-mata. Saya belajar untuk bangkit semula, susun balik kehidupan, habiskan juga belajar walaupun batchmate saya dah balik ke Malaysia dua tahun awal. Dapat juga skil belajar memasak, ilmu petik buah, ilmu tundukkan anjing sebab pergi mana-mana mesti dekat Australia tu mesti ada anjing. Skil cuci tandas dan vacuum laju-laju pun dapat, cuma kurang praktis sekarang. Tu yang TheBini ngomel tu hahah. Jadi kepada graduan muda yang struggling, jangan putus asa dan marah dekat sijil anda tu. Anggaplah universiti tu sebuah kilang pembentuk jati diri, dan sebagai bonus, kita dapat segulung kertas sebagai kupon untuk ditukarkan kepada duit belanja bulanan. Kadang-kadang kupon tu laku, kadang-kadang tidak. Stereotype zaman ni dah berubah. Ia lebih kepada kita sendiri yang mencorakkannya. Siraj Fahmi Terasa tua pula bila tulis macam ni

Leave a Reply