SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

9 Tips Bisnes Untuk Pemilik Bisnes Kecil

9 Tips Bisnes Untuk Pemilik Bisnes Kecil

Sembilan (9) tip bisnes untuk pemilik bisnes kecil supaya ia lebih mudah dikembangkan, tidak terbantut di tahap sama.
.
Kami Hasbul Brothers berbesar hati untuk kongsi tip bisnes bersama anda pemilik bisnes di luar sana yang baru mula berniaga atau sudah lama berniaga tapi masih terkial – kial di tahap sama.
.

1. Bermula dengan mindset betul. Mindset mahu mengembangkan bisnes. Bukan sekadar mahu duit tepi dan ‘selesa’, syok sendiri rasa sudah bagus dengan tahap itu bertahun-tahun.
.
2. Rancang untuk sentiasa tambah pelanggan baru. Pada masa yang sama, JAGA pelanggan sedia ada.
.
Tingkatkan jualan dengan cara meningkatkan nilai pembelian dan kekerapan pembelian di kalangan pelanggan sedia ada.

Kemudian, fahami pelanggan dengan lebih mendalam. Apa lagi ‘bantuan’ yang mereka perlukan yang kita boleh tawarkan.
.
3. Bermula tanpa premis atau pejabat memberikan banyak kelebihan. Banyak kos yang dapat dijimatkan.
.
Jangan buka pejabat sebab seronok nampak orang lain ada pejabat yang gah. Mahu merasa juga walaupun ia belum relevan dengan kemampuan bisnes kita sekarang.
.
4. Pemilik bisnes wajib ambil gaji. Tetapkan gaji, bisnes untung banyak mana pun, ambil gaji sahaja.
.
Buat permulaan, ambil gaji minima sekadar untuk tampung keperluan hidup.

Dengan cara ini, bisnes kita sentiasa ada bajet untuk pelaburan kepada ‘growth’ bisnes.
.
Pada masa yang sama, usahakan supaya syarikat mempunyai tabungan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan ke hadapan. Kita lebih tenang bekerja.
.
5. Rancang untuk ambil staf pertama. Staff ini tugasnya menaikkan jualan syarikat.
.
Asingkan kerja-kerja mengembangkan syarikat dan jualan.
.
Apabila fokus pada kerja menjual semata-mata, kerja-kerja mengembangkan perniagaan akan banyak tergendala.
.
6. Urus kewangan dengan betul. Jika belum mampu bayar akauntan, belajar asas pengurusan kewangan untuk bisnes kecil.
.
Asasnya, harus ada disiplin merekod segala duit keluar dan duit masuk. Tahu dengan tepat kos terlibat dan pengiraan margin. Kita akan tahu untung bersih. Bukan main congak-congak dalam kepala.
.
Satu kelebihan apabila ada rakan kongsi yang arif bab pengurusan kewangan. Kita boleh fokus sepenuhnya pada kerja-kerja mengembangkan bisnes.

.
7. Bangunkan SOP supaya tugasan lebih mudah diautomasikan.
.
Tanpa SOP, makin ramai staff, kita akan jadi makin sibuk. Semua tugasan memerlukan kehadiran dan penglibatan kita. Semua isu, staf akan tunggu respon kita dahulu.
.
Belajar menjalankan bisnes secara bersistem. Kemudian, perlu ada disiplin dan komitmen untuk ikut sistem tersebut.
.
8. Ketatkan SOP Kewangan dan perlu berdisiplin mematuhinya, terutamanya apabila mula berjinak-jinak dengan duit banyak.
.
Keseronokan berduit banyak, mudah menjadikan kita orang lain. Ini saat paling ego untuk terima nasihat. Hati-hati pada fasa ini, ia boleh jadi titik kejatuhan kita.
.
Duit untuk pelaburan mengembangkan bisnes tiba-tiba bertukar menjadi pelaburan menaik taraf gaya hidup.
.
Gaya hidup dinaik taraf ketika komponen bisnes masih lagi rapuh.
.
Pemasaran tak dioptimasikan sepenuhnya.
Operasi masih haru biru.
Kewangan tak urus dengan baik.
Ambil pekerja tapi masih libatkan diri buat semua benda.

Semua ini perlukan tenaga, wang ringgit dan masa untuk diperkemaskan.

Labur duit bisnes untuk perkara ini dahulu.
.
9. Cari peluang berguru dengan mentor bisnes dalam bidang bisnes kita. Mereka orang lama, sudah tahu busuk dan hanyir industri.

Kita akan dapat maklumat berguna untuk elak buat banyak silap.
.
.
Anda perlu segera ambil tindakan untuk pelajari cara dan teknik sebenar untuk sentiasa grow jualan DAN bisnes anda setiap bulan sebelum pesaing anda ambil ‘action’, menyusun strategi dan menelan bisnes anda.
.
===============================================
.
Adakah Anda Sanggup untuk luangkan sedikit masa, beri komitmen untuk pastikan bisnes anda terus bertahan tahun ini dan tahun-tahun akan datang?
.
.
COMING SOON – BUSINESS ACCELERATOR MASTERCLASS. Satu solusi lengkap untuk anda keluar daripada masalah bisnes di atas!
.
+ Belajar cara berkesan kembangkan jualan dan jenama anda!
.
+ Didedahkan panduan untuk anda bina WOW experience kepada pelanggan anda.
.
+ Kami akan kongsikan 10 case study sebenar bisnes anak didik kami tingkatkan jualan, bangkit daripada rugi jutaan ringgit kepada jualan 400k sebulan, daripada seorang diri kini mampu bina ahli pasukan dan berjaya kembangkan bisnes mereka ke tahap luar biasa!
.
+ Anda akan didedahkan langkah demi langkah kira kos dengan betul supaya makin lama berniaga makin menggemuk simpanan untung anda!

.
Klik link ini segera : 👇👇
Www.businessaccelerator.my
.
.
Maklumat Program.
============
.
[+] Business Accelerator Masterclass LEMBAH KLANG
[+] TARIKH : 30 June 2019
[+] Lokasi : THE CLUB @ BUKIT UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR.
[+] Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
.
.
PILIHAN KEDUA :-
.
[+] Business Accelerator Masterclass Penang
[+] TARIKH : 7 Julai 2019
[+] Lokasi : Pearl View hotel, Prai, Penang.
[+] Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
.
.
TAWARAN HARGA ISTIMEWA BAKAL DIBERIKAN UNTUK 100 PESERTA YANG MENDAFTAR NAMA PALING AWAL DI LAMAN WEB KAMI.
.
Jadi yang terawal, Segera bertindak dengan layari :-
.
www.businessaccelerator.my

Leave a Reply

Open chat