SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

8 Faedah Silica Gel Untuk Kegunaan Harian

8 Faedah Silica Gel Untuk Kegunaan Harian

*8 Kᴇɢᴜɴᴀᴀɴ Lᴀɪɴ Sɪʟɪᴄᴀ Gᴇʟ*

📝 _Perasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol² ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis *‘Silica Gel’*. Ia bukan disertakan saja² tau. Silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak._

_Walaupun dekat paket silica gel tu tulis *“THROW AWAY”* tapi sebenarnya ia masih bermanfaat dan boleh digunakan lagi untuk tujuan lain._

*Antaranya :*

▪1. Menjaga Barang Perhiasan Agar Tetap Berkilau

Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang² perhiasan tetap berkilau, letakkan silica gel ini didalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.

▪2. Hilangkan Bau Busuk Pada Beg Sukan Atau Beg Gym

Bagi yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut sukan. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin yang diletak dalam beg tu.

▪3. Boleh Selamatkan Gambar² Lama

Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar² lama yang telah dicuci tetap ada. Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak. Cara untuk selamatkan gambar² penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar² tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel. Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.

▪4. Mengeringkan Handphone

Saat cemas, bila handphone terkena air. Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu. Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan silica gel dan handphone kedalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.

▪5. Baju Jarang Digunakan Tahan Lama

Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju² yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju² yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.

▪6. Alat Pencukur Tak Berkarat

Keadaan bilik mandi yang lembab dan basah menyebabkan alat pencukur mudah berkarat jika disimpan disini. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tidak berkarat caranya mudah. Hanya perlu meletakkan alat pencukur ini dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.

▪7. Menjaga Dokumen Penting

Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica diantara dokumen² penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.

▪8. Segarkan Suasana Bilik

Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, boleh cuba silica gel untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada paket kedalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.

@petuabonda

Photo from Pensel Kayu® PETUA BONDA: https://t.me/petuabonda/4739

Leave a Reply