SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

7 Tips Untuk Kekal FOKUS

7 Tips Untuk Kekal FOKUS

7 TIPS FOKUS

1. LIHAT KEKUATAN DIRI

Bila nak buat sesuatu kerja, pastikan perkara tu kena dengan jiwa. Jangan try hard untuk buat sesuatu yang bukan dalam kepakaran atau minat kau. Setiap orang ada kekuatan tersendiri. Jangan tengok orang lain berjaya buat satu benda ni, kau pun nak ikut. Kau kena tahu benda apa yang kau bagus buat dan fokus kat benda tu sampai berjaya.

2. HINDAR DIRI DARI GANGGUAN

Gangguan kat sini bukan gangguan setan ya tapi gangguan orang sekeliling. Kau kena tahu bila masa untuk kau buat kerja dan enjoy. Bila masa kerja, fokus 100% kat kerja dan nyahkan segala gangguan. Tapi kerja tu jangan kuat sangat sampai kawan-kawan ajak lepak pun kau buat dek. Jangan acah-acah sangat. Haha. Kena pandai seimbangkan masa tu. Bak kata budak nerd aku kenal dulu “Work hard, play harder”

3. SATU KERJA SATU MASA

Kita semua ada had. Had dalam buat sesuatu. Jangan kita gelojoh nak buat semua benda dalam satu benda. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kena pandai susun kerja. Fokus pada priority dulu. Bak kata kawan aku “Son, little by little”

4. HIDUP UNTUK HARI INI

Setiap orang yang berjaya pasti pernah alami kegagalan. Kalau kau sedang alami kegagalan, jangan terus hidup dalam kegagalan tu. Kau kena bangkit semula dan teruskan hidup. Kau juga tak boleh asyik risaukan pasal masa depan. Apa kau boleh buat adalah letak sepenuh usaha dekat benda yang kau buat hari ni. Bak kata nenek aku “Live in the moment cu”

5. TENANG

Kau kena belajar untuk bertenang. Kalau ada benda yang tak dijangka berlaku, kau kena bertenang. Jangan buat keputusan melulu. Tengok balik kat mana silap dan baru buat keputusan untuk bertindak. Bak kata ustaz aku kenal dulu “tenang is good”

6. AMBIL CUTI

Dah penat-penat kerja tu ambil lah masa untuk bercuti. Jangan kerja sepanjang tahun tanpa cuti. Bercuti untuk lari dari dunia yang kejam. Haha. Cuti kat sini bukan lah kata wajib kena pergi travel. Tapi bercuti dari buat kerja. Tapi jangan lama-lama cuti takut nanti fokus ke laut.

7. PERBAIKI DIRI

Ambil satu hari dalam sebulan untuk lihat balik mana kedudukan kita. Kalau dalam kesusahan, bersabar dan teruskan usaha. Kalau di ambang kejayaan, jangan lupa diri. Bersyukur dengan apa yang ada. Bak kata jiran sebelah “muhasabah diri”

Gambar ihsan google.

#7tips

Leave a Reply