SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

7 TIPS RAKAN KONGSI BISNES BERJAYA

7 TIPS RAKAN KONGSI BISNES BERJAYA

1. MINAT

Perkara pertama ni yang paling penting. Kena cari rakan kongsi yang ada sama minat dengan kau. Kalau kau minat jual bedak sejuk, jangan cari orang yang minat jual kek. Nanti dia buat bedak sejuk kau tu jadi topping untuk kek dia. Haha okay hambar.

2. TETAPKAN MATLAMAT SYARIKAT & INDIVIDU

Ada matlamat ini penting supaya kau dan rakan kongsi tahu apa perkara yang korang nak capai. Matlamat perlu ada untuk jangka pendek dan jangka panjang. Tetapkan matlamat untuk 1 tahun – 5 tahun – 10 tahun. Ianya perlu terperinci supaya semua jelas dengan perkara yang ingin dicapai. Matlamat yang tak jelas ibarat kejar awek yang sebenarnya bini orang. Haha

3. TETAPKAN PERANAN

Pastikan setiap rakan kongsi tahu peranan kerja masing-masing. Set kan dari awal supaya semua jelas dengan apa yang perlu mereka lakukan. Matlamat syarikat tak akan tercapai kalau ada rakan kongsi yang tak mainkan peranan mereka dengan baik.

4. KONGSI KEKUATAN

Setiap orang ada kekuatan masing-masing. Kau perlu kongsi kekuatan dengan yang lain supaya matlamat syarikat tercapai. Jangan kedekut ilmu dan jangan simpan seorang. Percayalah, kau tak akan mampu untuk buat semua benda sendiri. Jadi, dengan berkongsi kekuatan kau boleh pergi jauh bersama.

5. JANGAN TANGGUH PERBALAHAN

Maksud jangan tangguh perbalahan adalah pastikan setiap perbalahan antara rakan kongsi diselesaikan secepatnya dengan cara yang baik. Jangan tangguh untuk berkomunikasi. Lagi lama tangguh, lagi banyak dan besar masalah boleh jadi.

6. TERBUKA

Setiap rakan kongsi perlu terbuka dalam menerima teguran. Ambil teguran tu sebagai komen yang membina. Jika kau seorang yang sensitif, kau mungkin bukan orang yang sesuai untuk ada rakan kongsi. Kau buat lah bisnes sorang-sorang. Haha

7. BERCUTI

Setelah berhempas pulas bekerja kat office, ambil lah masa untuk bercuti bersama. Dengan bercuti ni kau akan kenal lebih rapat dan boleh kuatkan ikatan antara rakan kongsi. Kalau kau nak tahu, masa bercuti ni juga boleh mendatangkan idea-idea baru untuk bisnes korang.

“Best friend makes money and go travel together”

#7tips

Leave a Reply

Open chat