SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

7 Simtom Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi

7 Simtom Penyakit Anemia Kekurangan Zat Besi

SIMTOM PENYAKIT ANEMIA KEKURANGAN ZAT BESI
———————————————————

1) BERDEBAR-DEBAR &SESAK NAFAS.
Oksigen menjadi kurang disebabkan darah pengangkut oksigen kurang. Jadi jantung akan pam lebih laju dan nafas menjadi lebih pantas untuk angkut lebih banyak oksigen ke seluruh anggota badan.

2) KELETIHAN MELAMPAU.
Bila tak cukup darah merah untuk bawa oksigen, otot jadi lemah sebab tak cukup oksigen. Asyik rasa nak tidur saja sebab badan reserve tenaga sebab tak cukup oksigen.

3) RASA NAK PITAM. KEUPAYAAN BERFIKIR KURANG.
Mata jadi gelap dan kita rasa nak pitam bila oksigen tak cukup kat otak.

4) KAKI TANGAN SEJUK.
Bila darah kurang mengalir, kaki dan tangan jadi sejuk. Sesetengah orang mengalami kebas-kebas jadi kerana saraf mula mati kekurangan oksigen.

5) KULIT PUCAT.
Apabila darah kurang di kawasan itu, kulit kemerahan akan menjadi pucat lesi.

6) KUKU KAKI MELENGKUNG DAN RAPUH.
Kuku kaki kekurangan oksigen dan zat besi mudah rapuh. Kuku kekurangan zat besi mempunyai bentuk sudu (spoon nail).

7) KETAGIH MAKANAN “PELIK”.
Batu, tanah, kadbord, baju merupakan sasaran biasa. mereka yang kekurangan zat besi akan jadi ketagih bahan bukan makanan untuk dikunyah bagi mencukupi zat besi.

Info : Dr Hafiz Sulaiman

Leave a Reply