SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

5 Tips Kaya Dalam Masa 3 Tahun

5 Tips Kaya Dalam Masa 3 Tahun

5 TIPS KAYA DALAM 3 TAHUN.

Setiap orang ada definisi kekayaan yang tersendiri. Bagi saya, kekayaan diukir bilamana kita bebas hutang jahat dan mempunyai lebihan pendapatan.

Jadi, macam mana nak jadi kaya dalam masa 3 tahun sahaja?

1. TEMUKAN BIG WHY ANDA.

Ini adalah keutamaan dalam usaha untuk kaya dan berjaya. Big Why ini adalah pendorong untuk kita terus berusaha tanpa ada sikap putus asa walau apa pun dugaan dan halangan menanti.

Big Why perlulah tepat dan terperinci, bukannya secara general.

Contohnya yang kurang tepat:

– “Aku nak jadi kaya raya macam Alif Syukri”!

– “Aku nak ada sports car supaya boleh jadi Playboy macam Alif Aziz”!

Contoh yang tepat :

– “Aku nak ada RM1,000,000 tunai sebelum 31 Disember 2020 supaya dapat masuk business circle Alif Syukri”!

– “Aku nak beli BMW X5 2.0 xDRIVE40e M Sports yang berharga lebih RM400,000 sebelum 7 Oktober 2019 supaya dapat jadi Playboy macam Alif Aziz”!

Ini contoh, jangan lupa Big Why juga merupakan niat kita. Jika niat kita baik maka yang baik-baik sahaja yang akan dikurniakan olehNya.

Ingat, semua orang punyai perjalanan dan Big Why yang berbeza, jadi untuk meniru atau terikut-ikut dengan orang lain adalah orang yang pastinya akan gagal.

Dan kalau kita sudah ada Big Why, kita akan lakukan apa saja untuk mencapainya.

2. BERSIHKAN HATI.

– Benar, kita perlu bersihkan hati terlebih dahulu dalam mengejar kejayaan dan kekayaan. Jika kita gagal dalam soal hati, kejayaan itu tidak akan mudah dan mungkin tidak di berkati.

– Kita mungkin juga akan menggunakan cara yang salah untuk menjadi kaya dan berjaya. Peluang untuk membuat pilihan sentiasa terbuka luas jadi pastikan emosi tidak mempengaruhi pilihan kita.

3. KENALPASTI MINAT DAN KELEBIHAN DIRI.

– Setiap individu mempunyai minat, kekuatan dan kebolehan yang berbeza.

– Ada orang yang pandai bercakap dan membuat perancangan seperti bos, ada orang yang pandai lakukan kerja-kerja teknikal seperti membaiki kereta.

– Apa pun kelebihan dan minat kita, pastikan kerja atau tugas yang kita lakukan itu dilaksanakan sehabis baik. Fokus dan bersungguh adalah kunci utama.

– Jadi, kita perlu kenalpasti kelebihan dan kekuatan diri dalam menentukan jenis bisnes atau kerja yang ingin kita lakukan sehingga berjaya menjadi legasi dan karier impian.

4. PILIH BISNES ATAU KERJA YANG TEPAT.

– Pilihan bisnes atau kerja yang tepat ini adalah kesinambungan selepas kita berjaya mengenalpasti kelebihan diri.

– Jangan pula minat dan pandai membaiki kereta tapi pergi buat loan dan buka kedai hipster pula, naya hidup. Baru nak hidup terus melingkup.

– Cari bisnes atau karier yang menjadi pembuka jalan atau batu loncatan untuk memudahkan kita menyertai bidang profesional atau membina kekayaan dalam instrumen perlaburan-perlaburan jangka masa panjang.

Contohnya dalam hartanah, perlaburan amanah, takaful dan bisnes korporat.

5. 3 TAHUN PERTAMA.

– Ramai yang ingin berjaya dan kaya dalam bisnes atau karier mereka namun ramai yang mengabaikan pentingnya fasa 3 tahun pertama mereka.

– 3 tahun pertama kita adalah masa yang memerlukan kita untuk fokus, kerja keras, usaha yang berganda serta menjadikan kegagalan dan rintangan sebagai pengalaman yang akan mendewasakan kita.

Salam Ramadhan dan semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua in shaa Allah.

Jadilah seseorang yang bukan hanya kaya didunia tetapi jutawan akhirat.

Jangan lupa set SEE FIRST untuk tidak terlepas perkongsian tips dan pengalaman bermanfaat saya buat anda semua. In shaa Allah.

– ariff ismail –
#isgteam
#doublefbrothers

Leave a Reply