SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

5 Sebab Kena Hadir Majlis Khatam Al Quran

5 Sebab Kena Hadir Majlis Khatam Al Quran

Meet Up pagi ni sebelum ke Majlis Khatam & Anugerah anak2 petang ni.

Majlis Khatam (bukan khatan) ni adalah satu acara yg saya look forward every year.

Antara sebab mengapa digalakkan untuk hadir meraikan Majlis Khatam ialah:

1. Majlis itu sebagai satu syiar yang mesti kita sokong. Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama ketempat solat, walaupun dia tak solat. Orang yang meraikan syiar ialah orang yang benar-benar bertaqwa.

2. Majlis itu dihadiri oleh ramai malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat maksiat. Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk Allah yang suci itu. 60 ribu malaikat akan datang ke majlis khatam.

3. Doa dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimakbulkan. Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, “Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat selawat ke atasnya sampai pagi”.

4. Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran dibacakan, maka Rahmat Allah turun. Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.

5. Doa dalam majlis itu mustajab kerana malaikat akan mendoakan bersama-sama. Sesiapa pun boleh berdoa terutamanya ialah orang yang khatam Al-Quran.

Cuti sekolah ni ramai yg akan buat majlis khatam kan. Usahanlah utk memenuhi jemputan, atau minta dijemput. Hehe. Ibn Abbas selalu mencari org2 yg buat majlis khatam utk beliau hadir sama.

Leave a Reply

Open chat