SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

4P Wajib Dalam Kehidupan Kita

4P Wajib Dalam Kehidupan Kita

4P Wajib ada dalam kehidupan kita:

Adakah anda tahu, apabila kita membincangkan mengenai perancangan kewangan peribadi secara menyeluruh, nak tak nak akan sentuh mengenai 4P ini. 4P ini memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan seharian kita. Apakah 4P itu ? Jom, kita tengok satu – persatu secara ringkas.

1. P = PENDAPATAN.
————————–—–
PENDAPATAN adalah sumber kita mendapat wang. Jika anda bekerja makan gaji, gaji itulah merupakan pendapatan anda. Jika anda seorang peniaga, hasil daripada perniagaan anda itulah pendapatan anda.Di sinilah bermulanya pengurusan kewangan peringkat awal. Kegagalan mengurus wang dengan baik pada peringkat ini, menyebabkan anda tidak mampu terlibat dalam 3P yang seterusnya.Sebagai contoh, sekitar 10% sebulan diperuntukkan untuk Simpanan Kecemasan, yang boleh digunakan pada bila – bila masa yang diperlukan.

2. P = PERLINDUNGAN.
————————–——-
Sebahagian wang yang anda perolehi daripada P yang pertama tadi, iaitu PENDAPATAN perlu disumbangkan untuk P yang kedua, iaitu PERLINDUNGAN. Perlindungan di sini bermaksud, satu pelan untuk melindungi diri, tanggungan dan harta peribadi daripada ditimpa bencana / musibah. Ia ibarat satu kubu yang kukuh atau payung yang akan memayungi anda di kala musibah datang melanda.

Di sinilah peranan Takaful sebenarnya. Bagi umat Islam, Takaful adalah lebih baik kerana lebih patuh syariah. Pelan – pelan yang ditawarkan oleh mana – mana syarikat Insurans dan Takaful secara umumnya merangkumi perlindungan diri sendiri, tanggungan serta harta peribadi.

Adalah disarankan, sekitar 5% – 10% sebulan diperuntukkan untuk tujuan ini, bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

3. P = PELABURAN.
————————–—
Setelah anda dah uruskan wang dengan baik pada peringkat Pendapatan, seterusnya dah buat Perlindungan yang sewajarnya, maka sebahagian wang anda perlu dikembang-biakkan. Untuk membolehkan wang berkembang – biak dengan baik, P yang ketiga, iaitu PELABURAN memainkan peranan.

Banyak jenis Pelaburan yang boleh diceburi seperti Saham Amanah (Unit Trust), Hartanah mahupun Bursa Saham (Stock Market). Pelaburan boleh bersifat jangka masa pendek ( kurang daripada setahun ), jangka masa sederhana ( 1 – 3 tahun) mahupun jangka masa panjang ( 1 – 5 tahun, atau lebih daripada itu).

Adalah disarankan sekitar 5% – 10% juga diperuntukkan untuk P yang ketiga ini. Jika anda lebih berkemampuan, lebih daripada 10% adalah lebih baik.

4. P = PEWARISAN.
————————–—
Alhamdulillah, anda dah uruskan kewangan dengan baik pada peringkat PENDAPATAN, seterusnya membina kubu kewangan yang kukuh menerusi PERLINDUNGAN. Bahkan anda juga bertindak bijak membuat PELABURAN untuk mengembangkan hasil kekayaan anda. Jadi, apa lagi yang perlu anda buat ?
Haa, di sinilah peranan P yang terakhir, iatu PEWARISAN. Ia sebenarnya Pengurusan Harta Pusaka yang melibatkan Wasiat, Hibah, Deklarasi Harta Sepencarian dan hal – hal lain yang berkaitan.

Kita tidak hidup selama – lamanya di dunia ini. Bila tiba masanya, kita akan dijemput Ilahi. Jadi, segala harta kekayaan yang kita miliki perlu diuruskan dengan baik setelah ketiadaan kita nanti.

Di sinilah peranan syarikat Pemegang Amanah (Trustee) seperti wasiyyah shoppe. Mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan harta pusaka kepada waris mahupun bukan waris ( melalui hibah ).

Jadi, InsyaAllah anda akan tetap tenang “di sana” , jika kaedah PEWARISAN ini telah dibuat sebaik mungkin.

OK, haa.. begitulah secara ringkasnya 4P dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah jika anda nak plan 4P ni secara details saya boleh bantu anda utk buat pengagihan.

Leave a Reply

Open chat