SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

HENTIKAN SANDIWARA PENYATUAN MELAYU DEMI SERAKAH KUASA

Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan (PH) sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti-parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu.

Ironinya orang yang mengajak Melayu bersatu ini jugalah yang bertanggungjawab terhadap beberapa peristiwa perpecahan orang Melayu:-

(1) Perpecahan kali pertama berlaku ketika Tun Mahathir menutup peluang kumpulan YBM Tengku Razaleigh untuk menyertai UMNO Baharu setelah diharamkan pada 1988 sejurus selepas pemilihan Presiden UMNO sehingga mereka terpaksa menubuhkan Parti Semangat 46.

(2) Perpecahan kedua sekali lagi berlaku ketika Tun Mahathir memecat Timbalan Presiden beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan moral yang amat jijik sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 1999.

(3) Perpecahan ketiga berlaku apabila Tun Mahathir buat keputusan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 apabila usaha-usaha dalaman beliau untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri menemui jalan buntu walaupun BN mengalami kemerosotan teruk dalam PRU 12 sebelumnya dan hanya masuk UMNO balik setelah Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

(4) Sekali lagi perpecahan orang Melayu kali keempat berlaku apabila buat kesekian kali Tun Mahathir keluar parti UMNO kerana marah pula kepada Datuk Seri Najib sehingga melumpuhkan terus kerajaan dominasi Melayu sebelum ini apabila tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Malah sepanjang pentadbiran beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dulu, menyaksikan pertembungan dengan PAS berlaku pada tahap yang serius termasuklah peristiwa Memali dan perbalahan sengit yang semacam tiada sedikit pun ruang untuk permuafakatan.

Natijah terhadap semua peristiwa ini sebagaimana diperakui oleh Tun Mahathir sendiri telah mengakibatkan kuasa politik Melayu terbelah dan kian terhakis!

Justeru cukup-cukuplah bersandiwara atas nama penyatuan Melayu walhal cuba meraih simpati rakyat demi memenuhi serakah kuasa yang tiada kesudahan!

Namun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpandangan Tun Mahathir masih berpeluang untuk menebus kesilapan lampau. Satu-satunya cara untuk beliau menebus kesilapan ialah dengan membubarkan PPBM dan kembali menyertai UMNO, sekaligus bersama dengan PAS dalam agenda Penyatuan Ummah.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

6 Julai 2019

Leave a Reply