SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

4 Adab Syarat Sah Dalam Solat Berjemaah

4 Adab Syarat Sah Dalam Solat Berjemaah

Salah satu syarat sah berjamaah ialah makmum tidak menyalahi imam pada sunnat yang jadi buruk dan jahat apabila ia menyalahinya. Ada 4 perkara dalam bab ini.

1. Sujud Tilawah
Tidak boleh sekali-kali menyalahi imam dalam sujud tilawah. Kalau imam sujud wajib sujud. Kalau imam tinggal, wajib juga tinggalkan.

2. Sujud Sahwi
Dalam sujud sahwi, wajib mengikut imam jika imam buat. Tetapi jika imam meniggalkannya, boleh bagi makmum sujud sahwi selepas imam memberi salam.

3. Tahiyyat awal.
Wajib ikut imam jika imam tinggalkan tahiyyat awal. Tapi jika imam buat tahiyyat awal, boleh makmum terus bangun tunggu imam dalam qiam. Namum yang afdhal bagi makmum ketika mana imam meniggalkan tahiyyat awal, ia niat mufaraqah dan membaca tahiyyat awal kemudian ia teruskan solat sendiri.

4. Qunut
Qunut adalah perkara yang paling ringan sekali. Boleh makmum tinggalkan qunut walaupun imam membacanya. Begitulah sebaliknya, boleh makmum membaca qunut walaupun imam meniggalkannya. Dengan syarat tidak terlalau panjang sehingga tertinggal daripada imam 2 rukun.

Inilah antara empat perkara yang perlu di fahami oleh orang ingin menunaikan solat berjamaah.
.
#khutbahJAISjomberjamaah

Leave a Reply

Open chat