SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

3 Tips Nak Simpan Duit Dari Gaji

3 Tips Nak Simpan Duit Dari Gaji

Assamualaikum dan Hi semua. hari ini saya nak kongsikan 3 tips untuk uruskan pendapatan bulanan kita…

1- Simpan dulu baru belanja
Dapat gaji jer, terus simpan siap-siap sebelum korang buat perbelanjaan. Ini termasuk bayar hutang korang. Kenapa? Sebab bila kita tunggu ada wang lebih baru nak menyimpan, biasanya tak akan ada yang lebih. Kalau adapun tak banyak. Cuba simpan 10% dahulu. Kalau 10% pun susah, cuba simpan 5% dari gaji korang. Jadikan ia tabiat.

2- Buat budget siap-siap
Draf satu budget ringkas untuk perbelanjaan bulanan korang. Disini yang penting korang masukkan laibiliti bulanan tetap korang, seperti hutang kereta, sewa rumah dan belanja dapur. So, dengan ini korang dah boleh agak perbelanjaan kasar korang. Kalau ada balance positif, itu lebih bagus. Maknanya korang ada duit lebih untuk dibelanjakan atau disimpan.

3- Asingkan dalam sampul (4 sampul untuk 4 minggu)
Tips yang ni saya ada terbaca, tapi tak pernah buat lagi. Tak biasa. Korang boleh juga try asingkan duit belanja korang setiap minggu kepada 4 sampul yang berbeza. Maknanya, setiap minggu korang tak boleh lebih belanja dari apa yang dah diasingkan siap-siap dalam sampul tu. Dengan ini, korang tak nak terlebih belanja.

Nak lagi tip-tip kewangan peribadi yang praktikal? dapatkan buku ‘kebebasan kewangan’ saya dengan harga RM15 sahaja untuk 30 pembeli terawal. Harga asal adalah RM27.

Klik link ini www.wasap.my/+60193326876/bukuKK untuk rebut peluang ini dan untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Open chat