SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

3 Tabung Deposit Untuk Masa Depan

3 Tabung Deposit Untuk Masa Depan

Kita akan BAHAGIA dan KAYA dengan persiapan 3 Tabung Deposit ini.

1. Tabung Deposit Kewangan

Setiap bulan,
Ada bahagian duit kita ketepikan sebagai simpanan,
Dengan pelbagai kegunaan,
Sebagai tabungan untuk kecemasan mahupun demi mencapai impian.

Menurut Elizabeth Warren di dalam bukunya,
All Your Worth : The Ultimate Lifetime Money Plan,
Ada prinsip kegunaan income 50-30-20.

50% dari income kita untuk keperluan hidup,
30% untuk apa yang kita mahu,
20% untuk simpanan.

Simpanan boleh jadi untuk diri kita sendiri,
Contoh menyimpan untuk pergi Jepun,
Atau simpanan untuk bekalan akhirat,
Seperti menabung untuk misi korban setiap tahun atau infaq telaga di Kem Pelarian dan sebagainya.

.

2. Tabung Deposit Emosi

Tabungan ini untuk kita berbakti sebagai khalifah,
Memainkan peranan utama kita dihantar ke dunia,
Dengan cara membuat kebaikan sesama manusia,
Memberi manfaat kepada manusia,
Memberi impak pada kehidupan manusia.

Tanya diri,
Berapa ramai manusia yang nak kita bahagiakan hari ini ?

Berapa manusia yang nak kita bantu hari ini ?

Bantuan bukan semata wang ringgit,
Ia merangkumi ilmu yang kita ada,
Kita kongsikan,
Tulis benda yang bermanfaat di Facebook,
Sentiasa memberi inspirasi pada manusia,
Boleh jadi juga bantuan dari sudut tenaga dan masa.

Tabungan ini sangat membantu di saat ‘kecemasan’,
Di saat kita jatuh terduduk,
Sedih, kecewa, pilu dengan ujian hidup,
Manusia yang menerima manfaat daripada kita sebelum ini,
Dengan rasa kasihnya pada kita,
Akan datang tak semena-mena,
Entah dari mana-mana,
Nak bantu kita.

Kerana hukum alam ini,
Apa yang kita beri pada dunia,
Kita akan dapat kembali.
Kita beri kasih sayang pada dunia,
Dunia akan datang pada kita dengan kasih sayang.

Kita beri benci dendam pada dunia,
Yang datang kembali pada kita juga unsur benci dan dendam.

.

3. Tabungan Deposit Spiritual

Ini yang paling utama.
Bagaimana kita ‘invest’ masa kita,
Kehidupan kita dengan Dia.

Berapa masa kita ambil,
Untuk penuhkan tabung ini setiap hari.

Masa mengingatiNya,
Berzikir,
Rukuk dan sujud padaNya.

Ada tak masa kita invest untuk mengasingkan diri seketika dari dunia,
Duduk bersendirian bersamaNya,
Di malam hari,
Mencari keampunan,
Dan cintaNya.

Lagi banyak kita ‘invest’ masa bersama Dia,
Lagi banyak ‘keuntungan’ yang kita perolehi.

Dialah yang akan menguatkan kita di saat kita lemah,
Dialah yang akan mengangkat kita di saat kita jatuh terduduk,
Dialah yang akan mengenyangkan kita di saat kita lapar,
Dialah yang akan menenangkan kita di saat kita serabut,
Dialah yang akan berikan segala jalan keluar di saat kita bingung
Dialah yang beri segala-galanya.

.

3 tabungan ini perlu dijaga setiap masa.

Insyallah,
Kita akan mencapai BAHAGIA dan KAYA,
Bukan sahaja di dunia,
Malah di akhirat sana.

Disaat kita rasa,
Sempitnya hidup,
Sempitnya dunia,
Terasa dihimpit sentiasa,
Mungkin ada tabung kita ini yang kosong.

Sama-sama kita audit 3 tabung ini,
Ada sudah dipenuhi,
Atau masih ada yang kosong tak berisi.

#aqilahnor

Leave a Reply

Open chat