SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

3 Cara Supaya Kekal Positif Dalam Hidup

3 Cara Supaya Kekal Positif Dalam Hidup

CIPTA PAGI YANG POSITIF :

1. Bina dialog dalaman yang positif.

Ia dipanggil sesi ‘self-talk’. Berfikir dan bercakap-cakap perkara baik kepada diri sendiri.

Lalu perkara baik itu akan bermain-main di minda kita. Ia buat kita fokus.

Kemudian, tanya diri 3 soalan ini :

+ Apa yang aku mahu capai hari ini?

+ Apa wajib aku buat untuk capai apa yang aku mahu capai hari ini?

+ Apa perkara yang aku perlu ‘SAY NO’ hari ini supaya aku hanya fokus pada perkara yang aku wajib buat untuk capai apa yang aku mahu capai?

.
2. Pilih bahan bacaan yang baik-baik.

Tidak kira medium apa kita pilih untuk mula membaca, pilih topik-topik yang baik.

Apabila dibaca, ia buat kita fokus apa yang kita mahu capai.

Apabila dibaca, kita dapat ilmu baru yang buat hidup dan bisnes kita jadi lebih baik.

Apabila dibaca, pengetahuan kita tentang sesuatu perkara jadi lebih mendalam.

Apabila dibaca, otak kita lebih segar dengan kemunculan idea-idea baru.

.
3. Berkongsi dan beri dorongan.

Sampaikan ilmu kita itu kepada orang lain. Samada ahli pasukan, followers atau sesiapa sahaja.

Belajar cara efektif menyampaikan sesuatu supaya ia mampu beri dorongan kepada pendengar atau pembaca untuk buat tindakan.

.
.
Hasbul Brothers.

Leave a Reply

Open chat