SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

3 Cara Nak Dapat Ramai Followers & Like di Media Sosial

3 Cara Nak Dapat Ramai Followers & Like di Media Sosial

.
Semalam saya ada dengar FB Live Irfan Khairi. Dia ada share 3 konsep yang mudahkan kita dapatkan ramai followers dan like di media sosial. Ia terpakai untuk FB, Instagram dan YouTube.
.
1) Buat Dulu
Untuk dapatkan banyak followers, ia mustahil jadi realiti jika kita tidak mula buat post. Tidak mula buat video di YouTube. Ada orang rasa berat nak mula buat post kerana kurang follower
.
“Macamana nak tulis, follower pun tak ramai?”
.
Ramai yang berat nak tulis apa-apa sebab fikir siapa akan baca. Follower pun tak ramai. Mindset macam Inilah yang buat kita tak dapat jumlah follower yang ramai sampai bila-bila pun.
.
Mereka yang ada 1juta follower dahulu juga bermula dengan 0.
.
2) Konsisten
.
Mula lah buat post / video setiap hari dengan konsisten. Buat post setiap hari walaupun hanya 1. Walaupun 1 video untuk satu Minggu.
.
Buat video di YouTube seminggu sekali seminggu secara berterusan adalah lebih baik dari buat video 5 kali seminggu dan stop setakat itu sahaja. Post seterusnya entah bila pula munculnya.
.
Mana-mana media sosial pun sangat suka mereka yang konsisten. Post mereka ini akan di naikkan untuk dapat capaian lebih luas. Lebih ramai orang akan nampak post kita, like post kita dan suka follow kita.
.
.
3) Respon dan Balas
Nama pun media sosial, Maka kita mesti aktif bersosial. Bukan setakat rajin post, kita juga mesti rajin like, komen post orang lain. Jika ada orang komen post kita, Mesti reply komen mereka.
.
Kita juga digalakkan komen post orang lain di page orang lain, rajin juga berinteraksi dalam group. Konsep ini terpakai untuk FB, IG dan YouTube juga. Kita dianggap Seorang yang menepati kehendak media sosial supaya aktif. Maka, post jika juga mudah di lihat oleh ramai friend dan followers.
.
.
Mudah je kan nak dapat followers ramai ni. Jom praktikkan moga apa-apa post kita, boleh di lihat lebih ramai orang dan beri impak positif kepada mereka.
.
Belajar sesuatu?
#share

Leave a Reply