SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

10 Jenis Rumah Yang Tak Patut Korang Beli

10 Jenis Rumah Yang Tak Patut Korang Beli

Tolong tolong Jangan jangan jangan terbeli 10 rumah yang..

1. Ownernya muflis.. buatlah carian tak rasmi pun takpe, check di insolvensi ownernya layak ke untuk buat urus niaga jual beli hartanah?

2. Salah seorang penama dalam geran meninggal.. jadi hak pembahagiannya kepada warisnya masih belum selesai, terutama penama berikutnya masih dibawah 18 tahun.. kene dapatkan surat mahkamah bagai..

3. Pemajunya yang dah tutup syarikat.. jika geran masih master title.. korang nak tukar nama macam mana nanti.. pastikan geran individunya dah keluar..

4. Kawasannya tidak terancang dengan sepenuhnya.. nanti duit buat habis bayar bank je, orang nak duduk pun takde.. rumah mendap, rosak, kulat.. lagi kene keluarkan kos yang banyak..

5. Jika ownernya menjual lebih dari market value berkali ganda, jika tidak nanti loan lulus tak setinggi owner jual.. tak pasal kene topup cash yang tinggi..

6. Yang menjamin keuntungan tahunan gerenti punyalah.. itu semua perangkap.. dah terbeli tahun tahun berikutnya mereka boleh menukar syarat dan kita nak tak nak ketika itu jadi pak turut je laa..

7. Dilelongkan berkaveat bagi yang takde pengalaman, nanti tak pasal tempoh masa tamat, pertukaran hak milik masih belum selesai.. tak pasal duit burn, rumah kene lelong balik

8. Pemajunya tidak berdaftar dengan Kementerian Perumahan, rumah tak siap, berdemo salahkan kerajaan padahal sendiri yang ambil risiko dulu..

9. Dibina melampau lampau banyaknya, sedangkan kawasan tersebut takde daya penarik pun.. nanti tak pasal bersaing dengan jiran harga sewa siapa paling rendah..

10. Rumah rumah jagaan orang orang tua, nanti orang tua tu nak pindah mana.. kesian dieorang.. tapi business jaga orang orang tua memang boleh buat.. 1 rumah sampai 20-30 orang.. sorang RM1000.. 30 orang dah RM30ribu..

Leave a Reply